Followers

belaan saye

Wednesday, November 16, 2011

Kelakar

BUTA HURUF 
Hassan pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,dia bertanya kepada doktor.

Hassan:Doktor,lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
Doktor:Sudah tentu.
Hassan:Oh gembiranya saya.Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca!

Saturday, November 12, 2011

INFO PENGGUNA

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER UNDANG MAUT??


Antara langkah pencegahan boleh di ambil bagi mengelak berlakunya masalah ini.


1)Ketika duduk perbanyakkan gerakan terutamanya di bahagian kaki,pakai stoking bagi mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah.
2)Elakkan minum minuman sejuk sebaliknya sentiasa minum air panas.
3)Elakkan membuka pendingin udara terlalu sejuk.
4)Sentiasa bersenam.

Thursday, October 27, 2011

ILHAMKU 7

SENANDUNG MESRA


Kasih sayang,rindu dan cinta
Padamu bonda dan ayahanda
Kau umpama intan permata
Kau umpama sebutir permata
Kau umpama istana bercahaya
Kalian amat berharga
Buat kami semua


Bonda dan ayahanda
Hadirnya kami ke dunia
Kerana izin Dia yang Maha Esa
Tanpamu bonda dan ayahanda
Tiadalah kami di dunia ini


Bonda dan ayahanda
Besarnya pengorbanan tidak terhingga
Menjaga kami 4 beradik tanpa bicara
Kini kami sudah dewasa
Menara gading kami jejaki pula


Bonda dan ayahanda
Berkat nasihat,didikan dan segalanya
Kami berjanji tidak akan lupa
Insya-Allah kami berusaha
Menjadi insan yang berguna
Kepada keluarga,agama dan negara

Friday, October 21, 2011

KILAS SIHAT

LUKA LAMBAT SEMBUH AKIBAT MARAH


   Benarlah kata orang, bahawa marah itu banyak mengundang keburukan. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati bahawa marah menyebabkan sesuatu kecederaan itu lambat sembuh. Kajian yang dilakukan Universiti Ohio, Amerika Syarikat membuktikan bahawa kesan lecur yang dialami oleh mereka yang panas baran lambat sembuh jika dibandingkan dengan mereka yang tidak panas baran.
   Tambahan lagi, kajian yang melibatkan 98 sukarelawan ini mendapati bahawa mereka hanya mengambil masa lapan hari sahaja untuk pulih dari kesan lecur. Jadi, awasilah amarah anda.

Thursday, October 13, 2011

INFO PENYAKIT MULUT

ULSER MULUT
-Kebiasaannya ia akan menyerang sistem imun @ daya ketahanan tubuh seseorang yang berada pada tahap yang rendah.Contohnya sewaktu seseorang itu demam,selsema,kencing manis,ketika datang haid mahupun tekanan.Ulser mulut turut disebabkan oleh trauma contohnya tergigit @ berlakunya kecederaan,ulser mulut adalah penyakit yang kerap berlaku.Kebiasaanna ulser mulut akan pulih dengan sendirinya iaitu dalam masa kurang daripda 3minggu.Walaupun keadaannya sering berulang-berulang namun ulser mulut ini tidaklah terlalu serius dan tidak mubah berjangkit.
         Siapa penghidap ulser mulut.??Kaum perempuan lebih kerap mengalami ulser mulut terutamanya sewaktu mengandung.Begitu juga ketika kedatangan haid.

Monday, September 12, 2011

ILHAMKU 6

SENANDUNG MESRA


Kasih sayang, rindu & cinta
Padamu bonda & ayahanda
Kau umpama intan permata
Kau umpama sebutir permata
Kau umpama istana bercahaya
Kalian amat berharga
Buat kami semua


Bonda & ayahanda
Hadirnya kami ke dunia
Kerana izin Dia yang Maha Esa
Tanpamu bonda & ayahanda
Tiadalah kami di dunia ini


Bonda & ayahanda
Besarnya pengorbanan tidak terhingga
Menjaga kami 4 beradik tanpa bicara
Kini kami sudah dewasa
Menara gading kami jejaki pula


Bonda & ayahanda
Berkat nasihat,didikan & segalanya
Kami berjanji tidak akan lupa
InsyaAllah kami berusaha
Menjadi insan yang berguna
Kepada keluarga,agama & negara.

Sunday, September 11, 2011

KAITAN WARNA DENGAN PENYAKIT

1-HILANGKAN SAKIT KEPALA
-WARNA MERAH
  Kajian mendapati warna merah membantu mengurangkan rasa sakit kepala.Jika anda mengalaminya,cuba tekapkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda.Ia membantu meningkatkan peredaran darah & adrenalin.


2-MENGURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA
-WARNA BIRU
  Anda rasa tertekan.??Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatuyang berwarna biru,Ia merangsang suasana tenang & dapat mengurangkan tekanan darah.Carilah gambar pemandangan berunsur biru & jadikan sebagai 'screen saver'. Anda akan merasa lebih tanang & aman.


3-MENGEKALKAN INSOMNIA
-WARNA MERAH JAMBU 
  Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam.Cuba latari bilik tidur anda dengan warna merah jambu.Dari segi pemilihan cadar,langsir,mahupun perhiasan,warna merah jambu dipercayai mampu mewujudkan suasana yang selesa & romantik.