Followers

There was an error in this gadget

Thursday, March 24, 2011

SIHAT SEMULAJADI 2

URUT JARI KAKI UNTUK CERGASKAN MATA
  • Dengan hanya mengangkat jari kaki ke2(jari di sebelah ibu jari) dan mengurutnya dengan pantas, anda mampu mencelikkan mata yang mengantuk.Tak perlu lagi bantuan kafein!!!.Ini kerana pusat tekanan jari ke2 bersambung dengan mata anda.Ia membantu mencergaskan semula mata yang sedang kuyu.Selain itu pada masa yang sama,anda melakukan regangan pada ligamen kaki yang boleh merangsang peredaran darah sekaligus menjadikan kulit anda lebih berseri.

Monday, March 14, 2011

INFO SIHAT

SEBELUM TIDUR...........


1.BERUS GIGI DAN BERKUMUR
-Jika kamu tidur sebelum memberus gigi dan berkumur dengan mouth wash,keesokan paginya mulut kamu akan sesak dengan 400-800 jenis bakteria.


2.MATIKAN TV 
-Cahaya dari skrin tv atau laptop mengeluarkan sinar baru yang boleh mengeluarkan.hormon melatona yang secara tidak langsung membuatkan kamu sukar mengantuk.


3.MANDI AIR SUAM ATAU SECAWAN TEH
-Membantu menenangkan fizikal dan mental kamu.Jika ia dibiasakan  pada setiap malam,otak kamu akan di programkan untuk berehat dalam masa yang sudah di tentukan.


4.TABURKAN WANGIAN AROMA TERAPI
-Pilih haruman lavender atau vanila yang menenangkan. Tidur kamu akan semakin nyenyak.


5.HINDARI MENGUYAH
-Terutama makanan seperti kacang dan buah buahan yang mengandungi gas seperti durian. Ia boleh membuatkan perut menjadi kembung dan tidak selesa untuk berbaring. 

Monday, March 7, 2011

TIPS

MEMILIH EPAL
       
        Epal adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi pelbagai khasiat. Untuk memilih epal yang benar-benar segar dan berkhasiat, kamu perlu tahu caranya.


1) Cuba letakkan sebiji epal di dalam bekas yang mengandungi air.


2) Jika kamu dapati epal tersebut mengembangkan, ia menandakan epal tersebut masih segar.


3) Perkara ini terjadi di sebabkan sebanyak 25% dari kandungan sebuah epal segar adalah udara. Jumlah kandungan udara yang banyak inilah membantu epal tersebut untuk mengembang.


4) Jika epal yang kamu rendam itu tenggelam, ia menandakan kandungan oksigennya sudah berkurangan.


5) Pastikan kamu membuat pilihan yang tepat demi menjamin kesegaran serta khasiatnya untuk tubuh kamu.

Friday, March 4, 2011

ILHAMKU 5

Sejak aku dilahirkan
Aku dibesarkan, dijaga dan diberi didikan
Oleh mereka ibu bapa yang tersayang
Dengan seribu kepayahan
Berjuang dengan seluruh
Kudrat yang ada
Untuk aku anaknya yang tercinta.


Dari alam pengajian
Sehinggalah dewasa
Aku terus diburu harapan
Harapan agar membawa kejayaan
Kemahsyuran dan makna kehidupan.
Namun tahukah mereka aku tertekan
Terhimpitlah aku dengan
harapan dan angan-angan
Beribu persoalan dibenak fikiran
Mampukah aku menggapai impian?


Dari semasa ke semasa ku
Terus mencuba
Seribu cubaan dan rintangan ku jumpa
Namun ku berserah padaNya
Biarlah ku reda atas ketentuanNya
Moga suatu hari nanti
impian akan terlaksana.