Followers

Thursday, October 27, 2011

ILHAMKU 7

SENANDUNG MESRA


Kasih sayang,rindu dan cinta
Padamu bonda dan ayahanda
Kau umpama intan permata
Kau umpama sebutir permata
Kau umpama istana bercahaya
Kalian amat berharga
Buat kami semua


Bonda dan ayahanda
Hadirnya kami ke dunia
Kerana izin Dia yang Maha Esa
Tanpamu bonda dan ayahanda
Tiadalah kami di dunia ini


Bonda dan ayahanda
Besarnya pengorbanan tidak terhingga
Menjaga kami 4 beradik tanpa bicara
Kini kami sudah dewasa
Menara gading kami jejaki pula


Bonda dan ayahanda
Berkat nasihat,didikan dan segalanya
Kami berjanji tidak akan lupa
Insya-Allah kami berusaha
Menjadi insan yang berguna
Kepada keluarga,agama dan negara

Friday, October 21, 2011

KILAS SIHAT

LUKA LAMBAT SEMBUH AKIBAT MARAH


   Benarlah kata orang, bahawa marah itu banyak mengundang keburukan. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati bahawa marah menyebabkan sesuatu kecederaan itu lambat sembuh. Kajian yang dilakukan Universiti Ohio, Amerika Syarikat membuktikan bahawa kesan lecur yang dialami oleh mereka yang panas baran lambat sembuh jika dibandingkan dengan mereka yang tidak panas baran.
   Tambahan lagi, kajian yang melibatkan 98 sukarelawan ini mendapati bahawa mereka hanya mengambil masa lapan hari sahaja untuk pulih dari kesan lecur. Jadi, awasilah amarah anda.

Thursday, October 13, 2011

INFO PENYAKIT MULUT

ULSER MULUT
-Kebiasaannya ia akan menyerang sistem imun @ daya ketahanan tubuh seseorang yang berada pada tahap yang rendah.Contohnya sewaktu seseorang itu demam,selsema,kencing manis,ketika datang haid mahupun tekanan.Ulser mulut turut disebabkan oleh trauma contohnya tergigit @ berlakunya kecederaan,ulser mulut adalah penyakit yang kerap berlaku.Kebiasaanna ulser mulut akan pulih dengan sendirinya iaitu dalam masa kurang daripda 3minggu.Walaupun keadaannya sering berulang-berulang namun ulser mulut ini tidaklah terlalu serius dan tidak mubah berjangkit.
         Siapa penghidap ulser mulut.??Kaum perempuan lebih kerap mengalami ulser mulut terutamanya sewaktu mengandung.Begitu juga ketika kedatangan haid.