Followers

There was an error in this gadget

Tuesday, January 25, 2011

TAHUKAH KAMU..??

  1. Suatu yang normal jika  50-100 helai rambut mengalami keguguran setiap hari.Jika gugur, ada rambut baru yang akan tumbuh.
  2. Lebih kurang 100,,000 helai rambut tumbuh di kepala dan setiap helai rambut tumbuh dalam masa 2-6 tahun.
  3. Rambut terbentuk daripada protein!!!!Sekiranya kamu tidak mengambil protein yang cukup, ia akan menyebabkan rambut kamu mulai gugur.Sebaiknya amalkan pengambilan multivitamin termasuk vitamin C dan zat besi setiap hari.Atau,cuba banyakkan makan makanan berprotein misalnya daging,minyak ikan dan sayuran berdaun hijau.

Tuesday, January 18, 2011

INFO MENARIK

1 MEMBACA HILANGKAN STRESS 
-Buku adalah salah satu senjata yang dapat menghilangkan stress ! Selain memberikan ketenangan, membaca juga dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja. Tdak perlu berjam-jam lamanya, sebaliknya cukuplah sekadar 20 minit sehari.Jika kamu tidak gemarkan bahan bacaan berbentuk rencana, pilih saja novel. Jalan ceritanya bukan sahaja menghiburkan, bahkan novel dapat. Merangsang  imaginasi dan meningkatkan pengtahuan. 


2 HILANGKAN TEKANAN 
-Letakkan pokok hijau di atas meja tulis kamu. Bila penat, rehatkan minda dan nikmati keindahan daunnya  yang menhijau. Kamu akan terasa lebih relaks dan cool.

Friday, January 14, 2011

KEBAIKAN BUNGA MAWAR

  1. Menghidu haruman mawar dapat menguatkan daya ingatan anda yang mudah lupa.
  2. Berendam dalan air yang diletakkan minyak pati mawar dan kelompok mawar amat menenangkan.Cubalah!!!
  3. Selain memberi ketenagan pada minda,mawar turut meredakan ketegangan saraf dan emosi.
  4. Mawar boleh dijadikan sebagai antiseptik untuk merawat kulit yang berparut dan penyakit ruam.
  5. Mawar mampu  merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen.Kolagen penting untuk proses anti penuaan dan awet muda.
  6. Mencium haruman mawar dapat melancarkan kitaran haid dan masalah rahim.
  7. Ekstrak mawar sering digunakan sebagai bahan utama produk kecantikan kerana ia mampu mencantikkan kulit wajah.
  8. Kerap mandi dengan air yang direndam dengan kelompok mawar dapat menghilangkan bau badan dan menjadikan badan sentiasa harum semulajadi.
  9. Mencium atau berada berhampiran mawar dapat menghasilkan tenaga.

Thursday, January 6, 2011

KELAKAR 2

SURAT


Seorang jururawat dihospital sakit jiwa melihat seorang pesakit wanita yang baru dimasukkan ke wad tersebut sedang menulis surat.


Jururawat:Hmmm..Kamu tulis surat untuk siapa.??
Pesakit:Aku tulis surat untuk diri aku sendiri.!!
Jururawat:Jadi....apa yang kamu tuliskan tu.??
Pesakit:Mana aku tahu.??Esok pagi, bila posmen hantar,baru la aku boleh baca.!!Apalah kau ni.!!
Jurirawat:@#@&#@.....(Tersenyum kelat)

ILHAMKU 4

INSAN SEPI:-


Hari-hari yang ku lalui kini terasa sepi.
Jiwaku kosong, tak terperi.
Hidupku tak seindah yang diimpi .
Aku tahu diriku ini ramai yang membenci.
Akibat kerana banyak perkara yang mereka tidak ketahui.
Tapi aku juga punya perasaan dan hati.
Aku juga mahu menyayangi dan disayangi.
Teruk sangatkah diriku ini.....
Mengharapkan pengertian daripada mereka-mereka yang ku sayangi.
Sedih dihati tak siapa ingin dengari.
Tiada lagi kecerian dalam hidupku kini.
Hanya padamu Tuhan tempatku berkongsi sepi.
Tak tertanggung rasanya derita ini.
Tidak diperdulikan oleh mereka lagi.
Ku rasa tak bermaya untuk menjalani hidup ini.
Tapi aku kuatkan hati.
Mungkin satu hari nanti.
Cahaya kegembiraan akan muncul kembali
Bersama orang-orang yang menyayangi diriku ini.
Dengan sepenuh hati.

Saturday, January 1, 2011

INFO 2.

1)MANIS LAICI -PENAMBAH TENAGA:-
      Kandungan sukrosa dan glukosa yang tinggi didalam laici mampu menambahkan tenaga individu.Dikatakan individu yang memakan laici di malam hari boleh menambahkan tenaga pada keesokan harinya.Vitamin E kalium dan zat-zat yang ada pula dapat mencegah batuk,luka didalam perut dan hipertensi.Laici juga sesuai dimakan oleh individu yang sedang berdiet atau ingin mengekalkan berat badan kerana kadar lemaknya yang rendah.Selain itu, laici dapat membantu pembentukan tulang anak-anak dan mencegah osteoporosis di kalangan individu dewasa menerusi kehadiran kalsium magnesium dan fosfor didalamnya.


2)MINUM AIR SUAM:-
      Setiap pagi sebelum anda mandi dan menggosok gigi, amalkan meminum air suam segelas.Minum dalam sekali nafas atau sekali teguk sahaja.Amalan ini akan memundahkan pembuangan air besar diwaktu pagi.Seelok-eloknya, lakukan perbuatan ini sebelum anda mengambil makanan lain.Perjalanan darah akan semakin lancar dan badan juga akan kekal cergas sepanjang hari.

TAHUKAH KAMU 2..??

         Tahukah kamu kenapa jari-jari tangan dan kaki mengecut jika direndam terlalu lama didalam air..??Ini terjadi disebabkan oleh lapisan kulit yand nipis diatas permukaan jari-jari ini bakal menyerap air yang kamu sentuh.Jika air yang diserap itu terlalu banyak,lapisan ini akan jadi melebar.Disebabkan tiada tempat yang cukup untuk penyerapan, jadi permulaan kulit kamu akan kelihatan berlipat-lipat sehingga terjadinya kecutan pada tangan dan kaki kamu.