Followers

There was an error in this gadget

Saturday, December 25, 2010

TAHUKAH KAMU..??

         Adakah anda penggemar labu..??Biji labu merupakan bahagian yang sering dibuang begitu shaja.Tahukah kamu bahawa biji labu mengandungi zat mineral iaitu magnesium yang tinggi ..??Kajian menunjukkan bahawa magnesium yang diambil secara mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko kematian awal.

KHASIAT JAGUNG MUDA:-
          Jagung sememangnya enak dimakan secara rebus atau bakar.Tahukah kamu bahawa jagung muda memiliki khasiat yang sangat bnaik untuk kesihatan..??
          Selain isinya,tongkol dan rambut jagung muda turut memiliki khasiat dari sudut perubatan.Air rebusan tongkol dan rambut jagung muda dipercayai dapat melarutkan batu karang, merawat penyakit batu hempedu serta mencegah tekanan darah tinggi.

Monday, December 20, 2010

8 CIRI ORANG MALAS

  1. Kamu sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.
  2. Tidak pernah mengemas tempat tidur.
  3. Separuh dari masa kamu banyak dihabiskan untuk tidur.
  4. Orang melihat kediaman kamu seperti tongkang pecah tetapi kamu melihatnya seperti istana indah.
  5. Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal,tetapi kamu sedikitpun tidak berasa sedih.Bagi kamu kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup kamu.
  6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan kononnya diet.
  7. Setiap pagi wajah kamu bila ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria.Asyik tidak ada mood sahaja.
  8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana kamu merasakan apa yang kamu ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.

Sunday, December 19, 2010

MAKANAN SIHAT

EPAL HIJAU-kurangkan migrain.
         Mengamalkan epal hijau baik untuk kesihatan kamu.Sekiranya kamu mula merasa tanda-tanda mendapat migrain seperti sakit kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau.Ia dijadikan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan  'mood' ceria dan meredakan ketegangan yang dialami.

TAHUKAH KAMU..??

  1. Secawan teh hanya mengandungi 30-40mg kafein.Ia bukan sahaja membuatkan kamu terhindar dari masalah sakit kepala dan sukar tidur, bahkan tubuh kamu juga lebih fit dan segar.
  2. Madu bertindak sebagai pelembap dan membantu mengatasi masalah bibir yang kering dan mengelupas.Ia juga akan membuatkan bibir kelihatan lebih menarik dan menawan.

UNTUK RENUNGAN 3

             Bagi mereka yang jiwa, hati dan perasaan sedang berkocak,bertenang dan jangan diikutkan sangat perasaan tersebut.Bertawakkal, berdoa dan cari usaha menyelesaikan.Biarpun kadang-kadang pedih tetapi lebih baik dari luka tersebut terus menanah.Bukan mudah untuk menjadi ceria di dalam duka atau gundah.Ini kerana ia merupakan kegigihan, kecekalan dan kematangan fikiran.
            Dalam hidup ini kita harus melakukan apa yang sepatutnya ''LIFE IS TOO SHORT''
dijadikan ia berbaloi.

ILHAMKU 3

TEMAN:-


Perkenalan pada mulanya sebagai
seorang sahabat,
Tidak lebih dari itu,
Kau dan aku sanma-sama perasaan yang
kita banyak persamaan,
antara perangai dan minat 


Teman,
Hadirmu menyinari kehidupanku
yang selama ini dalam,
sepi dan pilu,
Kau beri aku nasihat dan dorongan
supaya tabah mengharungi
kehidupan di dunia yang banyak
dugaan ini,
Kau sungguh baik,


Sedihku sedihmu jua,
gembiraku genbiramu jua,
aku bangga mendapat teman
sepertimu,
terima kasih kerana doronganmu
padaku,
yang mendewasakan aku dari 
hari ke hari,
terima kasih temanku.

UNTUK RENUNGAN 2

        Ingatlah segala pengorabanan yang ada lakukan boleh menghapuskan dosa-dosa anda jika anda sabar dan redha.sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud ''Seseorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemiskinan, kesedihan, sakit ataupun dukacita,hinggakan tertusuk duripun,nescaya Allah akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu''.Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

KECANTIKAN LELAKI:-
          Kecantikan seseorang lelaki bukan rupa fizikal tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik adalah:-

  1. Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
  4. Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  5. Lelaki yang baik sangka.
  6. Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemulian hati.
seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


KEGAGAHAN WANITA:-
          Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan tetapi pada kekuatan perasaan.Wanita yang gagah adalah:-

  1. Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  2. Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.
  3. Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  4. Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seseorang perempuan.

Friday, December 17, 2010

INFO

TIP MENCEBURI AKTIVITI  lasak
- Jangan  takut nak mencuba sebarang aktiviti lasak kerana takut orang mengata 

- Ingat, perempuan bukan kaum yang lemah seperti yang sering diperkatakan.... Jadi, buktikan.... 
- Pastikan  kamu arif dalam satu satu perkara  sebelum cuba melakukanya kerana ianya akan membahyakan diri....
-Pasangkan  niat yang betul dan lakukan sesuatu atas dasar minat dan kemampuan.
-Banyak faedah menyertai aktiviti sebegini  selain dapat menambah kenalan dan mengenal tempat orang....

KATA KATA HIKMAT  
Wajah tidak akan nampak berseri jika hati tidak secantik wajah Jadi, fikirkanlah........... 

UNTUK RENUNGAN 1

BANYAKKAN SABAR 
Sabar ertinya menahan diri dari marah  di atas sesuatu pekara yang tidak di sukai. Dan menahan lidah dari mengadu melainkan kepada Allah SWT. Seandainya manuasia besabar di dalam memebalas kejahatan orang yang menyakiti dan menzalimi kita, adalah sunat hukumnya. Namun begitu pahalanya amat besar. Allah Taala telah menghimpunkan ke atas orang yang sabar ini beberapa kelebihan diantaranya
-Allah mengampunkan dosa dosanya. 
-Allah mendatangi rahmatNya kepadanya.
-Allah memberikanya pahala yang tidak terhitung.
-Allah akan jadikan ia sebagai contoh dan ikutan umat.
-Allah akan mendatangkan pertolongan kepadanya. 

NAK TAHU?

Tekanan perasaan  atau stress adalah respons badan dan  minda seseorang terhadap sebarang
kejadian  yang berlaku di sekelilingnya.Sekerinya seseorang itu memberikan respons negatif 
terhadap sesuatu kejadian dia terdedah untuk mengalami stress. Perubahan  perasaan atau fikiran 
seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya, dan gelisah juga menjadi 
antara punca remaja mengalami stress.

KETAHUI KESAN TEKANAN 

Tekanan perasaan yang keterlaluan boleh mengakibatkan  kesan buruk pada kesihatan. Antaranya:
1 Keguguran rambut dan boleh menyebabkan botak 
2 Fikiran terganggu, gugup dan gagal menyelesaikan rutin tugasan harian 
3 Tekanan darah tinggi yang meningkatan resiko serangan jantung. 
4 Ulser mulut.
5 Haid terjejas 
6 Sistem  pernafasan terganggu.
7 Masalah saluran penghadaman.
8 Daya tahan tubuh lemah.

Tuesday, December 14, 2010

ILHAMKU 2

ILHAMKU2

ABAH,UMI YANG KU SAYANGI

Abah.....
Kau sumber ilhamku.
Umi.......
Kau sumber inspirasiku.
Abah......Umi......
Begitu banyak jasamu.
Kau taburkan baktimu.
Aku pohon pada Mu Tuhan.
Agar bisa ku balas balas jasa mereka.
Kurniakan mereka 1001 kesabaran.
Moga dapat mereka bertahan .
Mendidik aku.
Memberi aku 1001 nasihat.
Agar dapat aku menjadi.
Seorang insan.
Insan yang berguna.
Insan yang mampu mengorak 1001 langkah.
Langkah yang bisa mengubah nasib bangsaku.

Abah......Umi......
Jasamu.
Umpama pasir memutih di pantai.
Begitu banyak.
Namun tidak ramai yang mampu.
Menjadi berlian yang bermutu.
Yang berada di celahan kaca.
Yang boleh membalas jasa-jasa.
Insan yang bergelar ibu......bapa......
Nmaun aku......aku harap.
Aku berada dalam golongan.
Insan yang mammpu membalas jasa.
Jasa-jasa orang yang melahirkan dan membesarkan aku.
Iaitu abah dan umi yang aku sanjungi dan sayangi sehingga ke akhir hayatku.

Sunday, December 12, 2010

MARI BERTEKA-TEKI

1) Didukung bukan anak,dipetik bukan buah Apakah dia?

2) Titi kayu mati,Dililit saya mati,
dicampak saya  hidup, ditarik saya mati Apakah  dia?

Jawapannya-gitar dan gasing.

Tuesday, November 30, 2010

ILHAMKU

TERIMA KASIH,IBU....

Terima kasih,ibu
Kerana dikau telah 
Melahirkan dan membelaku 
Memberi tunjjuk ajar
Agar aku lebih tabah dan sabar 
Mengharungi dugaan  hidup
Yang penuh onak dan duri........

Ibu...oh ibu...
Dikau tabah menhadapi liku hidup 
Tanggungjawapmu sebagai 
seorang  isteri dan seoran ibu
Tidak pernah diabaikan
Kerana itulah mengajarku 
Erti ketabahan dan kesabaran

Terima kasih,ibu...
Walaupun jasamu setinggi langit biru
Segunung intan emas permata 
berkat dan restu daripada doamu 
mengiringi segala kejayaanku............ 

Wednesday, November 17, 2010

.: first timer :.

assalamualaikum...saya que syahmi...first timer buat blog nie...
harap dapat tunjuk ajar dari blogger2 semua  =)
bye...