Followers

Thursday, October 27, 2011

ILHAMKU 7

SENANDUNG MESRA


Kasih sayang,rindu dan cinta
Padamu bonda dan ayahanda
Kau umpama intan permata
Kau umpama sebutir permata
Kau umpama istana bercahaya
Kalian amat berharga
Buat kami semua


Bonda dan ayahanda
Hadirnya kami ke dunia
Kerana izin Dia yang Maha Esa
Tanpamu bonda dan ayahanda
Tiadalah kami di dunia ini


Bonda dan ayahanda
Besarnya pengorbanan tidak terhingga
Menjaga kami 4 beradik tanpa bicara
Kini kami sudah dewasa
Menara gading kami jejaki pula


Bonda dan ayahanda
Berkat nasihat,didikan dan segalanya
Kami berjanji tidak akan lupa
Insya-Allah kami berusaha
Menjadi insan yang berguna
Kepada keluarga,agama dan negara

No comments:

Post a Comment