Followers

Wednesday, November 16, 2011

Kelakar

BUTA HURUF 
Hassan pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa,dia bertanya kepada doktor.

Hassan:Doktor,lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
Doktor:Sudah tentu.
Hassan:Oh gembiranya saya.Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca!

Saturday, November 12, 2011

INFO PENGGUNA

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER UNDANG MAUT??


Antara langkah pencegahan boleh di ambil bagi mengelak berlakunya masalah ini.


1)Ketika duduk perbanyakkan gerakan terutamanya di bahagian kaki,pakai stoking bagi mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah.
2)Elakkan minum minuman sejuk sebaliknya sentiasa minum air panas.
3)Elakkan membuka pendingin udara terlalu sejuk.
4)Sentiasa bersenam.

Thursday, October 27, 2011

ILHAMKU 7

SENANDUNG MESRA


Kasih sayang,rindu dan cinta
Padamu bonda dan ayahanda
Kau umpama intan permata
Kau umpama sebutir permata
Kau umpama istana bercahaya
Kalian amat berharga
Buat kami semua


Bonda dan ayahanda
Hadirnya kami ke dunia
Kerana izin Dia yang Maha Esa
Tanpamu bonda dan ayahanda
Tiadalah kami di dunia ini


Bonda dan ayahanda
Besarnya pengorbanan tidak terhingga
Menjaga kami 4 beradik tanpa bicara
Kini kami sudah dewasa
Menara gading kami jejaki pula


Bonda dan ayahanda
Berkat nasihat,didikan dan segalanya
Kami berjanji tidak akan lupa
Insya-Allah kami berusaha
Menjadi insan yang berguna
Kepada keluarga,agama dan negara

Friday, October 21, 2011

KILAS SIHAT

LUKA LAMBAT SEMBUH AKIBAT MARAH


   Benarlah kata orang, bahawa marah itu banyak mengundang keburukan. Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati bahawa marah menyebabkan sesuatu kecederaan itu lambat sembuh. Kajian yang dilakukan Universiti Ohio, Amerika Syarikat membuktikan bahawa kesan lecur yang dialami oleh mereka yang panas baran lambat sembuh jika dibandingkan dengan mereka yang tidak panas baran.
   Tambahan lagi, kajian yang melibatkan 98 sukarelawan ini mendapati bahawa mereka hanya mengambil masa lapan hari sahaja untuk pulih dari kesan lecur. Jadi, awasilah amarah anda.

Thursday, October 13, 2011

INFO PENYAKIT MULUT

ULSER MULUT
-Kebiasaannya ia akan menyerang sistem imun @ daya ketahanan tubuh seseorang yang berada pada tahap yang rendah.Contohnya sewaktu seseorang itu demam,selsema,kencing manis,ketika datang haid mahupun tekanan.Ulser mulut turut disebabkan oleh trauma contohnya tergigit @ berlakunya kecederaan,ulser mulut adalah penyakit yang kerap berlaku.Kebiasaanna ulser mulut akan pulih dengan sendirinya iaitu dalam masa kurang daripda 3minggu.Walaupun keadaannya sering berulang-berulang namun ulser mulut ini tidaklah terlalu serius dan tidak mubah berjangkit.
         Siapa penghidap ulser mulut.??Kaum perempuan lebih kerap mengalami ulser mulut terutamanya sewaktu mengandung.Begitu juga ketika kedatangan haid.

Monday, September 12, 2011

ILHAMKU 6

SENANDUNG MESRA


Kasih sayang, rindu & cinta
Padamu bonda & ayahanda
Kau umpama intan permata
Kau umpama sebutir permata
Kau umpama istana bercahaya
Kalian amat berharga
Buat kami semua


Bonda & ayahanda
Hadirnya kami ke dunia
Kerana izin Dia yang Maha Esa
Tanpamu bonda & ayahanda
Tiadalah kami di dunia ini


Bonda & ayahanda
Besarnya pengorbanan tidak terhingga
Menjaga kami 4 beradik tanpa bicara
Kini kami sudah dewasa
Menara gading kami jejaki pula


Bonda & ayahanda
Berkat nasihat,didikan & segalanya
Kami berjanji tidak akan lupa
InsyaAllah kami berusaha
Menjadi insan yang berguna
Kepada keluarga,agama & negara.

Sunday, September 11, 2011

KAITAN WARNA DENGAN PENYAKIT

1-HILANGKAN SAKIT KEPALA
-WARNA MERAH
  Kajian mendapati warna merah membantu mengurangkan rasa sakit kepala.Jika anda mengalaminya,cuba tekapkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda.Ia membantu meningkatkan peredaran darah & adrenalin.


2-MENGURANGKAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA
-WARNA BIRU
  Anda rasa tertekan.??Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatuyang berwarna biru,Ia merangsang suasana tenang & dapat mengurangkan tekanan darah.Carilah gambar pemandangan berunsur biru & jadikan sebagai 'screen saver'. Anda akan merasa lebih tanang & aman.


3-MENGEKALKAN INSOMNIA
-WARNA MERAH JAMBU 
  Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam.Cuba latari bilik tidur anda dengan warna merah jambu.Dari segi pemilihan cadar,langsir,mahupun perhiasan,warna merah jambu dipercayai mampu mewujudkan suasana yang selesa & romantik.

Tuesday, June 14, 2011

TIP RINGKAS

- MENGGOSOK BADAN  SETIAP HARI  SEBELUM MANDI PAGI , MEMBANTU MELANCARKAN        PEREDARAN DARAH DAN MERANGSANG TUBUH UNTUK MENYAH TOKSIN

Wednesday, April 27, 2011

Info

AIR PANAS BUAT KULIT CEPAT BERKEDUT

-Jangan terlalu kerap mandi air panas, jika tidak ingin kulit menjadi kering dan berkedut. Menurut pakar perubatan air panas akan menghilang lapisan minyak yang mendorong pengewapan air dari kulit menjadi lebih banyak. Akibatnya kulit akan terasa lebih kering dan mudah berkedut terutama pada tangan dan kaki. Sekiranya amalam ini berlaku dalam jangka waktu yang cukup panjang, secara tidak langsung merangsang proses penuaan dengan lebih cepat. Bagaimanapun air panas bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan kulit cepat berkedut. Faktor persekitaran dan gaya hidup serta kaedah rawatan kulit yang salah menjadi antara punca merosakkan kulit.

Sunday, April 17, 2011

Info

KETAWA TERAPI TERBAIK UNTUK OBESITI
-Lupakan gimnasium @ diet dan tontonlah rancangan komedi kegemaran untuk mengurangkan berat badan.
-Ketawa membakar 100-120 kalori dan meningkatkan penggunaan tenaga hingga 20%.Ia menyamai anda berjalan selama 15-20min @ angkat berat 18-27min.Ini bermakna dalam tempoh sebulan anda boleh hilang 0.45-0.9kg sebulan.Ketawa juga membuatkan jantung berdegup dengan lebih pantas dan melancarkan pengaliran darah.Sewaktu anda ketawa juga lebih banyak oksigen disedut.Paru-paru akan mengembang dan otot perut dipaksa bekerja.

Saturday, April 9, 2011

TAK SANGKA SYAHMI PUN DAPAT AWARD JUGA





Award nie dari kak Azyla
Terima kasih banyak-banyak kak....

MAAFKANLAH...

-Menyimpan dendam bukan sahaja memnuatkan kamu berasa sakit hati,tetapi yang sakit jantung!!Sekiranya kamu sedang berdendam,marah dan tertekan,tekanan darah dan degupan jantung akan meningkat 2x kali ganda berbanding biasa.Ketika kamu memaafkannya tekanan darah dan degupan jantung akan kembali normal.Dendam dalam waktu yang lama juga akan mengakibatkan kerosakan pada sistem kardiovaskular.




JOM NAIK TANGGA 
-Naik tangga boleh menegangkan punggung dan paha.Nak lebih tengang dan cantik,melangkahlah 2 anak tangga sekali.Mulai sekarang, lupakan lif dan eskalator....apa lagi,jom naik tangga!!!

Thursday, March 24, 2011

SIHAT SEMULAJADI 2

URUT JARI KAKI UNTUK CERGASKAN MATA
  • Dengan hanya mengangkat jari kaki ke2(jari di sebelah ibu jari) dan mengurutnya dengan pantas, anda mampu mencelikkan mata yang mengantuk.Tak perlu lagi bantuan kafein!!!.Ini kerana pusat tekanan jari ke2 bersambung dengan mata anda.Ia membantu mencergaskan semula mata yang sedang kuyu.Selain itu pada masa yang sama,anda melakukan regangan pada ligamen kaki yang boleh merangsang peredaran darah sekaligus menjadikan kulit anda lebih berseri.

Monday, March 14, 2011

INFO SIHAT

SEBELUM TIDUR...........


1.BERUS GIGI DAN BERKUMUR
-Jika kamu tidur sebelum memberus gigi dan berkumur dengan mouth wash,keesokan paginya mulut kamu akan sesak dengan 400-800 jenis bakteria.


2.MATIKAN TV 
-Cahaya dari skrin tv atau laptop mengeluarkan sinar baru yang boleh mengeluarkan.hormon melatona yang secara tidak langsung membuatkan kamu sukar mengantuk.


3.MANDI AIR SUAM ATAU SECAWAN TEH
-Membantu menenangkan fizikal dan mental kamu.Jika ia dibiasakan  pada setiap malam,otak kamu akan di programkan untuk berehat dalam masa yang sudah di tentukan.


4.TABURKAN WANGIAN AROMA TERAPI
-Pilih haruman lavender atau vanila yang menenangkan. Tidur kamu akan semakin nyenyak.


5.HINDARI MENGUYAH
-Terutama makanan seperti kacang dan buah buahan yang mengandungi gas seperti durian. Ia boleh membuatkan perut menjadi kembung dan tidak selesa untuk berbaring. 

Monday, March 7, 2011

TIPS

MEMILIH EPAL
       
        Epal adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi pelbagai khasiat. Untuk memilih epal yang benar-benar segar dan berkhasiat, kamu perlu tahu caranya.


1) Cuba letakkan sebiji epal di dalam bekas yang mengandungi air.


2) Jika kamu dapati epal tersebut mengembangkan, ia menandakan epal tersebut masih segar.


3) Perkara ini terjadi di sebabkan sebanyak 25% dari kandungan sebuah epal segar adalah udara. Jumlah kandungan udara yang banyak inilah membantu epal tersebut untuk mengembang.


4) Jika epal yang kamu rendam itu tenggelam, ia menandakan kandungan oksigennya sudah berkurangan.


5) Pastikan kamu membuat pilihan yang tepat demi menjamin kesegaran serta khasiatnya untuk tubuh kamu.

Friday, March 4, 2011

ILHAMKU 5

Sejak aku dilahirkan
Aku dibesarkan, dijaga dan diberi didikan
Oleh mereka ibu bapa yang tersayang
Dengan seribu kepayahan
Berjuang dengan seluruh
Kudrat yang ada
Untuk aku anaknya yang tercinta.


Dari alam pengajian
Sehinggalah dewasa
Aku terus diburu harapan
Harapan agar membawa kejayaan
Kemahsyuran dan makna kehidupan.
Namun tahukah mereka aku tertekan
Terhimpitlah aku dengan
harapan dan angan-angan
Beribu persoalan dibenak fikiran
Mampukah aku menggapai impian?


Dari semasa ke semasa ku
Terus mencuba
Seribu cubaan dan rintangan ku jumpa
Namun ku berserah padaNya
Biarlah ku reda atas ketentuanNya
Moga suatu hari nanti
impian akan terlaksana.

Friday, February 18, 2011

BERSUJUD LEGAKAN SISTEM PERNAFASAN....

Ibadah solat bagi orang islam adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.Dari segi fizikalnya pula,bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi ketika bersujud:-

  1. Memperolehi kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Melegakan sakit hernia.
  3. Melegakan paru-paru dan ketegangan.
  4. Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi linkungan bahagian belakang tubuh.
  5. Memudahkan tidur.
  6. Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba.

Tuesday, January 25, 2011

TAHUKAH KAMU..??

  1. Suatu yang normal jika  50-100 helai rambut mengalami keguguran setiap hari.Jika gugur, ada rambut baru yang akan tumbuh.
  2. Lebih kurang 100,,000 helai rambut tumbuh di kepala dan setiap helai rambut tumbuh dalam masa 2-6 tahun.
  3. Rambut terbentuk daripada protein!!!!Sekiranya kamu tidak mengambil protein yang cukup, ia akan menyebabkan rambut kamu mulai gugur.Sebaiknya amalkan pengambilan multivitamin termasuk vitamin C dan zat besi setiap hari.Atau,cuba banyakkan makan makanan berprotein misalnya daging,minyak ikan dan sayuran berdaun hijau.

Tuesday, January 18, 2011

INFO MENARIK

1 MEMBACA HILANGKAN STRESS 
-Buku adalah salah satu senjata yang dapat menghilangkan stress ! Selain memberikan ketenangan, membaca juga dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja. Tdak perlu berjam-jam lamanya, sebaliknya cukuplah sekadar 20 minit sehari.Jika kamu tidak gemarkan bahan bacaan berbentuk rencana, pilih saja novel. Jalan ceritanya bukan sahaja menghiburkan, bahkan novel dapat. Merangsang  imaginasi dan meningkatkan pengtahuan. 


2 HILANGKAN TEKANAN 
-Letakkan pokok hijau di atas meja tulis kamu. Bila penat, rehatkan minda dan nikmati keindahan daunnya  yang menhijau. Kamu akan terasa lebih relaks dan cool.

Friday, January 14, 2011

KEBAIKAN BUNGA MAWAR

  1. Menghidu haruman mawar dapat menguatkan daya ingatan anda yang mudah lupa.
  2. Berendam dalan air yang diletakkan minyak pati mawar dan kelompok mawar amat menenangkan.Cubalah!!!
  3. Selain memberi ketenagan pada minda,mawar turut meredakan ketegangan saraf dan emosi.
  4. Mawar boleh dijadikan sebagai antiseptik untuk merawat kulit yang berparut dan penyakit ruam.
  5. Mawar mampu  merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen.Kolagen penting untuk proses anti penuaan dan awet muda.
  6. Mencium haruman mawar dapat melancarkan kitaran haid dan masalah rahim.
  7. Ekstrak mawar sering digunakan sebagai bahan utama produk kecantikan kerana ia mampu mencantikkan kulit wajah.
  8. Kerap mandi dengan air yang direndam dengan kelompok mawar dapat menghilangkan bau badan dan menjadikan badan sentiasa harum semulajadi.
  9. Mencium atau berada berhampiran mawar dapat menghasilkan tenaga.

Thursday, January 6, 2011

KELAKAR 2

SURAT


Seorang jururawat dihospital sakit jiwa melihat seorang pesakit wanita yang baru dimasukkan ke wad tersebut sedang menulis surat.


Jururawat:Hmmm..Kamu tulis surat untuk siapa.??
Pesakit:Aku tulis surat untuk diri aku sendiri.!!
Jururawat:Jadi....apa yang kamu tuliskan tu.??
Pesakit:Mana aku tahu.??Esok pagi, bila posmen hantar,baru la aku boleh baca.!!Apalah kau ni.!!
Jurirawat:@#@&#@.....(Tersenyum kelat)

ILHAMKU 4

INSAN SEPI:-


Hari-hari yang ku lalui kini terasa sepi.
Jiwaku kosong, tak terperi.
Hidupku tak seindah yang diimpi .
Aku tahu diriku ini ramai yang membenci.
Akibat kerana banyak perkara yang mereka tidak ketahui.
Tapi aku juga punya perasaan dan hati.
Aku juga mahu menyayangi dan disayangi.
Teruk sangatkah diriku ini.....
Mengharapkan pengertian daripada mereka-mereka yang ku sayangi.
Sedih dihati tak siapa ingin dengari.
Tiada lagi kecerian dalam hidupku kini.
Hanya padamu Tuhan tempatku berkongsi sepi.
Tak tertanggung rasanya derita ini.
Tidak diperdulikan oleh mereka lagi.
Ku rasa tak bermaya untuk menjalani hidup ini.
Tapi aku kuatkan hati.
Mungkin satu hari nanti.
Cahaya kegembiraan akan muncul kembali
Bersama orang-orang yang menyayangi diriku ini.
Dengan sepenuh hati.

Saturday, January 1, 2011

INFO 2.

1)MANIS LAICI -PENAMBAH TENAGA:-
      Kandungan sukrosa dan glukosa yang tinggi didalam laici mampu menambahkan tenaga individu.Dikatakan individu yang memakan laici di malam hari boleh menambahkan tenaga pada keesokan harinya.Vitamin E kalium dan zat-zat yang ada pula dapat mencegah batuk,luka didalam perut dan hipertensi.Laici juga sesuai dimakan oleh individu yang sedang berdiet atau ingin mengekalkan berat badan kerana kadar lemaknya yang rendah.Selain itu, laici dapat membantu pembentukan tulang anak-anak dan mencegah osteoporosis di kalangan individu dewasa menerusi kehadiran kalsium magnesium dan fosfor didalamnya.


2)MINUM AIR SUAM:-
      Setiap pagi sebelum anda mandi dan menggosok gigi, amalkan meminum air suam segelas.Minum dalam sekali nafas atau sekali teguk sahaja.Amalan ini akan memundahkan pembuangan air besar diwaktu pagi.Seelok-eloknya, lakukan perbuatan ini sebelum anda mengambil makanan lain.Perjalanan darah akan semakin lancar dan badan juga akan kekal cergas sepanjang hari.

TAHUKAH KAMU 2..??

         Tahukah kamu kenapa jari-jari tangan dan kaki mengecut jika direndam terlalu lama didalam air..??Ini terjadi disebabkan oleh lapisan kulit yand nipis diatas permukaan jari-jari ini bakal menyerap air yang kamu sentuh.Jika air yang diserap itu terlalu banyak,lapisan ini akan jadi melebar.Disebabkan tiada tempat yang cukup untuk penyerapan, jadi permulaan kulit kamu akan kelihatan berlipat-lipat sehingga terjadinya kecutan pada tangan dan kaki kamu.