Followers

Friday, March 4, 2011

ILHAMKU 5

Sejak aku dilahirkan
Aku dibesarkan, dijaga dan diberi didikan
Oleh mereka ibu bapa yang tersayang
Dengan seribu kepayahan
Berjuang dengan seluruh
Kudrat yang ada
Untuk aku anaknya yang tercinta.


Dari alam pengajian
Sehinggalah dewasa
Aku terus diburu harapan
Harapan agar membawa kejayaan
Kemahsyuran dan makna kehidupan.
Namun tahukah mereka aku tertekan
Terhimpitlah aku dengan
harapan dan angan-angan
Beribu persoalan dibenak fikiran
Mampukah aku menggapai impian?


Dari semasa ke semasa ku
Terus mencuba
Seribu cubaan dan rintangan ku jumpa
Namun ku berserah padaNya
Biarlah ku reda atas ketentuanNya
Moga suatu hari nanti
impian akan terlaksana.

No comments:

Post a Comment